Sampai bila harus begitu ?Seseungguhnya kita tak akan pernah menemukan yang benar-benar sempurna dan terbaik , kerana tidak ada manusia di dunia ini yang benar-benar sempurna termasuklah diri kita sendiri . Apa yang terbaik sebenarnya ialah kita menjadikan diri kita yang terbaik buat si dia , bukannya cuba menjadikan dia yang terbaik buat kita .
Sekiranya setiap orang melakukan seperti ini , menjadi yang terbaik untuk orang lain maka tiada antara kita yang kurang sempurna . Inilah karma kehidupan .
setiap apa yang kita beri (samada baik atau buruk) , ia pasti akan kembali kepada kita
Melepaskan seseorang yang kita rasa bukan yang terbaik buat kita , kadang-kadang hanya merugikan kita . Kerana tanpa kita sedar , mereka yang kita anggap tidak terbaik itulah yang benar-benar menyayangi kita . Apa yang membuatkan kita merasa mereka bukan yang terbaik , adalah apabila mereka menampakkan sikap yang sebenar kepada kita . Cinta yang sejati itu adalah apabila kita tanpa kompromi bersikap tidak berpura-pura di depan orang yang kita sayangi . Dan mungkin kesempurnaan yang kita nampak pada seseorang itu hanyalah sebuah kesempurnaan yang diada-adakan untuk meraih atau mendapatkan sesuatu dari kita .
Fikir-fikirkanlah . Mengapa begitu ramai yang dipermainkan cintanya kerana melihat hanya pada yang sempurna
No comments:
Post a Comment