Friday, 22 June 2012

Asthma

I hate it when i got asthma .
Its like theres a huge thing on my chest that makes me hard to breathe . And when its difficult to breathe , there will be some stupid sound when i breathe .

Its hurt . Its so hurt . My chest feels heavy .

and i got my feverback again tonite . I feel so freakingly cold rite now . Everything is a mess . I hate to be in this situation rite now .

Please pray for my health .

Thursday, 14 June 2012

Wahai lelaki mengertilah Hati Wanita








Andainya lelaki tahu , dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk di sayangi , ada rasa untuk di beri perhatian , ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya , ada waktu2 minta di temani kesedihannya , Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk , Marah seorang perempuan perlu di dekati , Sedih seorang perempuan perlu di dengari , Gembira seorang perempuan ingin di kongsi ,
Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati nan lembut , Bukan untuk di manjai , Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh , Hanya perlu sedikit perhatian , Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh , Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya Pada diri seorang perempuan , Wujudkah cinta itu di hati lelaki , Bila saat jauh tanpa perkhabaran Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang , Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini , Cintailah seseorang itu kerana hatinya , Bukan paras rupa semata2

Wednesday, 13 June 2012

awak perlu kuat (!)

awak ,
awak punya banyak pilihan
awak punya banyak jalan
awak punya banyak jawapan
kenapa masih berdegil
kenapa perlu ambil jalan sakit

awak ,
tahulah awak degil
tahulah awak mahukan apa yang awak mahu
tapi awak ,
fikir tentang kebahagiaan itu pun perlu
fikir tentang perjalanan akan datang
fikir tentang perasaan yang akan awak lalui

ia , betul ! tepat ! sekali ,
bila kata hati itu kuat
awak rasa itu benar
awak tahu apa awak mahu itu adalah sepatutnya
awak perlu kuat untuk lalui
awak perlu tabah untuk lalui
itu jalan yang sesuai untuk awak langkah

tapi , terlalu yakin itu juga perit
awak perlu punya ketabahan yang tinggi
awak perlu punya kekuatan yang luar biasa
agak awak bisa terima segala kemungkinan

+ bersabarlah bila awak tersepit , kerana awak perlu yakin pasti ada sebabnya +

JARAK ANTARA DUA HATI


Sayang . bukan niatku mencipta jarak antara kita dan ku tahu dirimu tidak sedikit pun terniat untuk mencipta jarak antara kita . ku fahami apa yang dikau lakukan . MAAFKAN daku .

Ketika kita sedang dilanda kemarahan , janganlah hati kita mencipta jarak . Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita . Mungkin di saat seperti itu , diam mungkin merupakan cara yang bijaksana . Kerana waktu akan membantu kita .

Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya , “ Mengapa ketika seseorang sedang  marah , dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak ? ”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab , “ Kerana dia telah hilang sabar , oleh itu dia berteriak . ”
“ Tapi . ” guru bertanya kembali

“ Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya . Mengapa perlu berteriak ? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut ? ”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka . Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan .

Maka guru berkata , “ Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan , jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat . Oleh itu , untuk mencapai jarak yang demikian , mereka harus berteriak .

Namun anehnya , semakin kuat mereka berteriak , semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi . Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi . "

Guru masih melanjutkan , “ Sebaliknya , apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta ?
Mereka tidak berteriak , mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil . Seperlahan bagaimana pun , kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas .

Mengapa demikian ? ” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya .
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan .

“ Kerana hati mereka begitu dekat , hati mereka tak berjarak . Sepatah kata pun tak perlu diucapkan . Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan . ”

Monday, 11 June 2012

Tekanan Oh tekanan


 jangan jadi seperti diriku ini yang mendapat tekanan darah rendah pada harini . kenapa sampai jadi begitu erk ? haa doktor cakap sebabbbb aku makan tak ckup dan makan tak ikut time . suka sgt mkn lambat2 .  ini bkn disebabkan nk berjimat duet apa pon or takde makanan nak makan . tapi sebabbbbb aku MALAS nk makan . tengok . makan pon malas . mmg suweyyy la kan . gastrik pon mula la menyerang perot aku yg comel ni . sebenarnya bukan kali ni je terjadi . so many time jgk laa . haih aku rasa sgt2 menyesal kerana aku tak menjaga pemakanan aku selama ini . bila daaa teruk dan badan tersangat la tidak bermaya terpaksa la aku miss kelas sehari . berehat untuk mendapatkan tenaga aku kembali . fuhh mmg ssh nk pulihkan tenaga aku . jadi selepas ini aku wajib menjaga pemakanan aku dan tak lupa mkn ubat doc bagi . mcm2 woo ubat yg kena aku telannn .  aku la org yg sgt payah tuk mkn ubt . hmmm .

inilah ubat-ubat yang aku kena mkan . byk sgt ubat , pil 'CHI-KIT' teck aun pon ada . member2 kate makan pil tu akan buat perot kita lawas dan takde muntah2 daaa . nak membuang pon sonanggg . aha . tapi aku tak berani nak makan . tak tau nape . hehehe nanti la if emergency aku try mkn . hee :)

                                                   
bila lepas jumpa doktor , dan doktor suruh aku supaya jaga makan dan makan ikut piramid yang betul . aku terus pergi kedai beli semua makanan dibawah ni untuk bekalan sarapan aku . haa tgk semua baru nak sediakan . kenapa dari awal tak nak beli . kenapa ? kenapa miyya ? erm aku sudah membuat semua org risau terhadap aku . kawan2 aku satu uma dan orang yang paling penting dalam hidup aku iaitu mummy aku pon risau sgt2 . dia dah membebel kat telinga gua suruh beli makanan byk2 . jgn nk berjimat sgt kalau nk makan . just jgn membazir sudah . cian mummy risau kat kite .  hehehe .




ya , setelah apa yang telah berlaku atas diri aku yang kurus ini . aku baru tersedar bahawa aku tidak perlu laa terlau stress atau pon dalam bahasa melayunya tertekan . dengan belajar atau pon masalah-masalah yang aku hadapi . buat-buat cool sudah . seriyes aku nak gemuk . mampu ke aku mendapat berat badan yg medium atau pon large ? actually aku terlalu small . err . berat badan aku 40-42kg je . ada lagi kot yg lagi kurus dari aku . huhu .

P/s: aku dah lama tak balik rumah at putrajaya ni . rindu dekat mummy juga adalah satu punca aku mendapat tekanan darah rendah . :P

kenapa senang sangat sayang dan jatuh cinta dengan seseorang

entry kali ni agak sensitif la pulak kan . macamm pelik je rase post entry camni . Jiwa kacau la ! kenapa eyh terlalu senang untuk menyanyangi n jatuh cinta dengan seseorang . sebenarnya entry ni ditujukan kepada aku kot .
entah laa , sejak 2 menjak ni jiwa sangat laa terkacau . tatahu laa kenapa . sebab aku ni da jatuh cinta dengan seseorang ke? hmmm . actually nak meluahkan rase hati ni yang agak kacau bilau dan huru hara . tatahu nak luahkan kat sape . so aku rasa nak luahkan kat blog ni . tape biarlah korang tau yang aku ni sekarang tengah jiwa kacau . huhu . sebenarnya tade laa ape sangat . that is not a big problem kan . tapi feel benda ni agak berat kalau aku just pendam rase hati ni . :( ecececeh .

hmm . someone tell me that . why u worrying bout someone who never care bout u . why u want waste ur tears 4 someone who doesn't deserve it . why u want tied up ur heart for someone who doesn't want u more . let it unbend . so at least u can c de true meaning of being loved by someine and being appreciated . betol taa ? kenapa laaa kita risaukan orang tu if orang tu taa penah nak ambil berat pon pasal kita . and kenapa kita nak mengingati orang tu n orang tu taa penah nak ingat kita langsung dan taa penah nak menghargainya . :( biar laa aku je yang tau sape orang tu .

hrmm . sekarang ni aku daa merasai kepahitannya . tapi benda ni memang selalu terjadi kat aku . because setiap kali aku menyayangi seseorang n mula jatuh cinta mesti taa penah naa betol di hargai . huuu . maybe aku daaa salah pilih orang kot ? sedih taa ? agak sedih kan . taa payah sedih2 tau . big girls dont cry kan :) n aku selalu ingat pe yang arwah bestie aku cakap . " biarlah orang yang sayang kita , jangan biarkan kita terlalu menyayangi seseorang " pedih tau kalau kita rasa benda ni sorang2 .

so the moral of the story , jangan laaa kita terlalu senang sangat untuk sayang dan jatuh cinta pada seseorang . if orang yang kita sayang tu taa penah sayang kita taa ke malu n sakit hati rasa macam duri yang tajam menusuk hati yang suci ni . ahakz . aku percaya setiap jodoh tu daaa ditetapkan oleh ALLAH . kita hanya perlu berusaha dan tawakal . aku juga harap mendapat jodoh yang betol2 menyayangi aku dengan sepenuh hati .

Saturday, 9 June 2012

live your life to the fullest


for those who are in distress, may all of you have a strength to get through all the hardships.

people always say that a happiness starts with a tears. means that, we have to work through pain in order to get happiness. as you have no idea what will happen to you in the future, you can't simply give up with your life. who knows one day you will get a happy life? and have a big happy family? and surrounded by grandchildren? or maybe one day you will become rich and famous? no one, right? yes, nothing is impossible in this world. sometimes, things can happen beyond our expectation. so, if you want something to happen beyond your expectation, you either pray for miracle, or work harder. those who work harder generally get rewarded more. things will change only and if only you are willing to strive for it 'cause nothing is over until the moment you stop trying.

believe me, life is fair. yes, it is fair. but yeah, i do realize one thing. there are certain people who think that the world is fair, they always assume that the world is wonderful, but when they are treated unfairly, they will start complaining their life. hey, fair doesn’t mean that everybody gets the same thing. yet, it means that you gets what you needs. fair on the other hand doesn't always mean equal. yes, we are all same externally but internally we are different. it is true that we are all born in the same way but that's not necessarily we will be given the same talent and abilities. but still, everyone have their own aptitude.

life is actually has its own cycle. we slide from top to bottom then we turn and climb again. it will never ends as long as we alive. sometimes we laugh, sometimes we cry. sometimes we win, sometimes we lose. and that makes our life wonderful. so, my advise here, don't give up on life easily, just live it to the fullest. we are all here for a reason, and it may not be until 20, 30 years down the road where we can reflect on what has happened and truly make more sense of it all. so, please don't give up. =)

Tuesday, 5 June 2012

letter to myself


Dear miyya,
itu lah kau, nasihat orang bukan main lagi kau kan. itu lah, ini lah. habis semua falsafah keluar. bila kena dekat batang hidung sendiri, baru tahu terkial-kial kan. camne tu? Haha. takpe, takpe. pelan-pelan kayuh. sikit masa lagi okay lah tu. benda baru lagi kan. memang lah macam ni. lagipun bukan baru first time benda ni jadi kat kau. kan kan? sekarang ni, kau jalan je straight. agak-agak kau lapar ke, nak terkucil ke, kau belok lah kiri kanan mana tahu ada kedai makan ke, petrol station ke, singgah lah kejap. tapi jangan sesekali kau u-turn. ingat tu? lagi satu, kau tak payah lah nak serabut serabai bagai. rimas lah aku tengok kau. buat tak port sudah. okay? kau faham tak apa aku cakap ni? kalau faham, bagus. haish, cakap banyak pun tak guna. bukan kau nak dengar pun cakap aku ni. pandai-pandai lah kau fikir sendiri. kau dah besar panjang kan. dah sembilanbelas tahun kan. Haha. okay lah, sampai sini je surat dari aku. akhir kata, pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, kau tak payah susah-susah nak balas. salam.

no doubt



"Not knowing the right words to say to someone is a problem that everyone has encountered in our lives. We have all had moments where we had feelings of some sort to display to a person but ended up not saying anything because we are fearful that the way we may portray our feelings to them may come out wrong.-Anonymous

kau faham maksud aku ?


kadang-kadang tu kita rasa kita dah buat sehabis baik, dah usaha 110%, dah bermandi peluh, dah bernanah telinga dengar kata-kata sinis, komentar-komentar pedas orang keliling, dan dah dah dah segala macam lah kan. ah, pendek kata dalam hati ni memang budget "confirm takde ERROR punya lah!" haha. tapi alih-alih, segala usaha kita, segala peluh keringat kita tu sia-sia je. okay, yang ni tak boleh nak salahkan sesiapa. macam kita semua tahu, semuanya sudah tertulis sejak azali lagi lah kan. "apa boleh buat. dah nasib badannn."-dialog dipetik daripada sebuah filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee

TAPI, bila sesuatu benda yang kita buat tu melibatkan 2 3 4 5 pihak, macam mana?

okay, saya bagi satu cerita lah. adalah seorang mamat ni, nama dia ALI. si ALI ni memang rajin, memang ringan tulang [eh, bukan sama ke tu samdol?]. ah, senang cerita si ALI ni memang bagus lah. tip top meletop! nak dijadikan cerita, si ALI ni digandingkan untuk membuat satu kerja dengan si SAMEON. yang si SAMEON ni pulak, punya lah malas, keras kepala pulak tu, kerja dia nak mengarah-arah orang. yang dia tahu nak orang dengar cakap dia je, cakap orang sikit pun dia tak nak dengar. ala-ala BIG BOSS gituuu. choyyy! jadi, si ALI ni pun kenalah ragging dengan si SAMEON yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung ni. dia disuruh buat itu, buat ini, tulis itu, tulis ini, ambil itu, ambil ini. yang si SAMEON ni pulak, duduk goyang kaki sambil korek-korek telinga. amboi, nikmat betul hidup kau ye, SAMEON. huh! disebabkan tiada kerjasama daripada si SAMEON durjana itu, kerja mereka tidak dapat dihasilkan. walaupun si ALI sudah bertungkus-lumus menyiapkan kerja tersebut, ia tetap tidak berhasil. okay, korang faham tak situasi sekarang ni? faham kan?

okay, cuba pula kita bawakkan situasi kat atas tu dalam kehidupan seharian kita. sebenarnya banyak benda yang kita tak boleh buat seorang diri tanpa pertolongan orang lain. sebab memang fitrah manusia dijadikan saling perlu memerlukan, betul? dan memang kita dituntut untuk bertawakal selepas berusaha tapi kalau sebelah pihak je yang berusaha tapi sebelah pihak lagi ambil sambil lewa pun tak boleh jugak kan? dah elok-elok orang tu ikhtiar macam-macam cara, tapi sebab kau tak bagi kerjasama, sia-sia je pengorbanan dia. jadi, apa yang penting? KERJASAMA! wonder pets! wonder pets! yeay!