Saturday, 22 September 2012

tabah menghadapi pergolakan cinta

Dalam percintaan ada pasang surutnya . Mungkin ada yang kekal bahagia namun bukan semua antara kita akan melalui keindahan itu. Ramai yang melalui pelbagai dugaan dalam meniti hari-hari dengan pebagai dugaan dalam percintaan.

Bercinta memang mudah , namun mengekalkan cinta amat sukar sebenarnya . Cinta ada pasang surutnya sesuai dengan cara kita menghadapi dan mengendalikan cinta . Bagi yang kurang bernasib baik dalam bercinta janganlah kamu berputus asa . Ingat lah tiada kebahagiaan akan datang bergolek tanpa usaha yang jitu .

Jika pasangan kita mula menjauh , dingin dan mengabaikan perasaan kita kamu harus kuat . Tanpa kekuatan kita tak akan dapat lalui dugaan dari Allah ini . Cari apa kelemahan kita , perbaiki apa yang kurang dan cuba hadapi dengan tenang dan sabar . Ingat , Allah tak akan menganiayai hambaNya .

Andai kata dia bukan jodoh kamu lagi itu sudah ketentuan Illahi , jangan patah semangat dan teruskan mengorak langkah menuju jalan yang Allah redhai . Andai dia masih milik kamu berusahalah mencapai kebahagiaan agar terus dapat hidup bersama si dia .

Apa saja yang berlaku , baik atau buruk janganlah kita lupakan Allah . Tolong hargai diri kamu kerana jika kamu sendiri tak hargai diri sendiri bagaimana insan lain nak hargai diri kita .

Kekecewaan mungkin akan bersarang di hati bila cinta tak mencapai matlamat , namun adakah kekecewaan dan akhirnya diikuti dengan putus asa itu membantu ? bangunlah…kamupasti boleh menuju kebahagiaan . Kebahagiaan perlu dicari bukan menanti ia datang bergolek . Allah sentiasa bersama dengan insan yang sabar dan tabah .

sunyi dalam hati tiada siapa yang tahu

Terlukis sebuah senyuman pada bibir mungil dan wajah aku yang sentiasa ceria dan gembira . Galak aku berbicara dan bergurau-senda yang kadang kala mengundang cemburu di hati yang memandangku . Wah betapa beruntungnya si dia , nampak hidup bahagia dan ceria . Tapi sunyi dalam hati siapa yang tahu ?

 Aku juga punya perasaan sama seperti manusia yang lain . Ada ketikanya gembira , ketawa , sedih dan juga saat aku menangis . Tapi sudah sifat semulajadiku lebih suka memendam . Biarku menangis bersama hujan yang lalu membasahi bumi agar kelak tiada siapa yang tahu luka dihati . Gundah di dalam hati biarlah aku simpan sendiri . Tersimpan termaktub dalam diari hidupku .

Hatiku yang kosong seumpama kegelapan di satu lorong yang tiada penghujungnya . Bahaya menanti jika aku tidak mencari sinar cahaya menerangi kegelapan ini . Namun rasa kosong ini tidak semestinya diisi dengan teman hati bernama lelaki . Kerana ada yang lebih baik telah lama sedia disisiku iaitu Allah tuhan semesta alam dan Al-Quran pegangan hidup sepanjang zaman . Allah yang Maha Mengetahui segala kesunyian hatiku dan Al-Quran pengubat segala kesunyian hati ini .

Bicara sunyi hati ini bukanlah kerana dari pandangan manusia yang sering meneliti , tetapi dalam pencarian mencari kebahagiaan yang hakiki . Kadang-kadang timbul keraguan di hati dalam pencarian ini . Namun jika benar itu telah tersurat secara hakiki , maka pasti akan aku hargai sepenuh hati .
Setiap yang dilakukan biarlah ikhlas keranaNYA . Biarlah beribu mata memandang serong , kerana pengukur keikhlasan kita denganNYA bukanlah pada pandangan manusia . Aku akan terus tabah dan tersenyum menghadapi segala dugaan kehidupan kerana aku ada MU sentiasa disisiku YA ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang . Cinta Allah adalah cinta yang hakiki .

Wednesday, 5 September 2012

Kasih Yang Tercipta

kisah antara Ash dengan Mell . bermula perkenalan mereka di lama sosial dan disitu kisah mereka bermula dan mereka mempunyai pelbagai konflik terhadap hubungan dorang , dan Ash mula perkenalkan diri nya kepada Mell , Ash berumur 20 tahun dan Mell berumur 27 tahun . bila Ash mula jatuh hati pada paras wajah Mell , dia mula mendekati Mell , tetapi tak semudah itu Mell melayan Ash . dan mereka sedikit demi sedikit mereka kenal , tapi Mell hanya menganggap Ash seorang adik . kerana umur Ash terlalu uda tetapi Ash berjaya mendapat nombor telefon Mell . Ash seorang lelaki yang tidak suka bila seorang perempuan itu da berpunya , dia tak akan menganggu perempuan tu . pada satu hari Ash dapat tahu Mell sudah berpunya , sejak itu Ash tak hubunginya lagi . berlalu hari mereka tak berhubung . ini semua takdir , kita akan tahu apa itu takdir . Ash mendapat tahu Mell sedang kecewa , dan Ash mula hubungi Mell dan mereka mula berhubung balik . Ash sentiasa ada disisi Mell bila Mell kecewa . Ash memberi kata semangat pada Mell . hari demi hari mereka rapat , hari demi hari Ash mula sayang pada Mell . tapi Ash rasa kelakar kerana sayang pada wanita yang berumur . Ash tetap dengan keras hati untuk mendapatkan Mell , walaupun Mell tidak pernah ada hati pada Ash . Ash mula susun strategi untuk mendapat Mell dengan cara mesej dan telefon . pada suatu hari , Mell berkata pada Ash ( thanks budak kecik, kerana memahami I ) Ash mula rasa Mell mungkin ada hati , setelah itu Ash sentiasa mengucap kan kepada Mell ( I Love You ) tapi mell sentiasa akan balas ( emm ok ) hati Ash tak pernah mengalah sampai la satu hari tu Mell mula kata pada Ash yang Mell pun suka Ash , betapa gembira nya Ash dengan kata2 Mell . mereka mula serasi bersama , saling2 menelefon sesama mereka , Ash merasakan seperti bulan jatuh ke riba . Ash merasa bahagia bila dengan Mell . Mell beritahu segala2nya tentang dirinya terhadap Ash . Mell seorang perempuan yang liar tetapi seorang yang mempunyai degree . dan Ash pula bukan lah baik sangad tetapi sentiasa menasihati Mell . mereka mula bertukar kisah masing2 dan Ash berkata pada Mell ( I terima you seadanya dan akan menjaga you ) dan pada malam yang ditemani bulan dan bintang , mereka bergaduh berpunca kepada kata2 Ash yang mendalam kepada Mell  dan mula mell memberitahu kisah sebenar pada Ash bahawa Mell hanya memain2kan perasaan Ash selami ini , Mell tidak pecaya pada lelaki setelah putus dengan bekas kekasihnya . tapi Ash tetap bersabar dan berkata ( kalau you nak main2kan laki , you mainkan perasaan i , kalau suatu hari nanti you main2kan perasaan laki yang betul2 sayang you n menjaga you , you akan rugi , so kalau betul you nak main2kan lelaki , you mainkan laki mcm i ni jew , i sanggup terluka untuk you ) setelah Ash berkata begitu Mell mula mendiamkan diri dan esok nya Mell meminta maaf pada Ash . Ash dengan hati terbuka memaafkan dan ada lagi konflik mereka dengan jujurnya Mell mempunya skandal iaitu datuk . Ash merasa kecewa tapi Mell ingin tinggalkan skandalnya . Ash mula tidak memahami Mell dan menaik angin tak tentu pasal . Mell kecewa dengan sikap Ash . lama kelamaan , Ash dapat terima segala tentang Mell . dab berharap Mell tidak menipunya lagi . pada satu petang itu , Mell menghantar mesej pada Ash ( you kita couple jom ) Ash mula tergelak dan membalas ( tak nak you still ada skandal lagi , i nak you betol2  single ) Mell mula buad muka pada Ash tapi mereka ada perangai yang pelik iaitu setiap malam mesti ada pertengkaran berlaku . walaupun mereka ni belum couple lagi tapi dah seperti pasangan yang bercinta . mereka tidak berjumpa dengan hanya melihat gambar sahaja . Ash pelik tapi ddia tetap sabar . ketika malam itu Ash menghantar mesej ( sayang sudi tak you jadi teman hidup I , terima perangai panas baran I ) Mell mula bertukar topic dan tak menjawab soalan Ash dan Ash mula merajuk . haha . akhirnya Mell menjawab jugak soalan Ash dan membalas ( ye b , i terima you , i terima panas baran you tu ) . bahagia dorang time tu . mereka mula bercinta tanpa berjumpa tapi macam biasa setiap malam akan ada gaduh , Mell mengugkit tang mereka tak kan bersama disebabkan umur mereka yang sangad jauh . Ash sentiasa menjadi pengalah dan akan mentenangkan Mell . selepas beberapa minggu Mell mula tidak kisah pasal umur , mereka bercinta seperti ingin tamat ke alam perkhawinan , siap berfikir tentang nama anak meraka dan bila ingin kahwin . begitu serius mereka itu . Ash mula bertanya pada Mell adakah dia masih berjumpa dengan skandal dia tu dan Mell masih lagi berjumpa . Ash merasa kecewa dengan sikap Mell . Ash meminta maaf sangad Mell tidak jumpa lagi dengan skandal Mell tu tapi Mell hanya mengiyakan saja . dengan sikap panas baran Ash , Mell mula tidak suka Ash sentiasa memarahi Mell walaupun kecik masalah itu . pada satu hari tu Mell tidak tahan lagi dengan sikap Ash , mereka putus dan malam tu jugak Mell berjumpa dengan skandalnya . mereka da tak ada hubungan lagi Ash merasa kecewa , marah , sedih pada malam tu , merayu-rayu pada Mell kembali padanya , dan Mell tetap tidak mahu takut Mell terlukakan lagi Ash . walaupun mereka sudah putus Ash tetap sentiasa mengucap I Love You pada Mell dan dengan harapan bahawa Mell kembali . tapi Mell sentiasa ego , dia tak akan pernah beritahu bahawa dia sayang pada Ash . biasalah perempuan berumur katakan . dua minggu mereka putus tapi mereka tetap berhubung seperti biasa dan masih memanggil b ' sayang . dan saat terakhir tu mereka bergaduh lagi sebab Mell masih bersama dengan skandalnya . dan Ash da terluka banyak kali lalu melepaskan Mell akhirnya dan Mell menangis , kecewa dan rasa kehilangan . tapi Mell tetap ego dia tak kan bagitahu pada Ash yang dia perlukan Ash lagi n last msg Mell pada Ash ( b , sorry i kecewakan you lagi , thanks buad i bahagia dan buad i happy dengan telatah you tu . tc b . bye ) . Ash pergi bukan dengan rasa benci , Ash pergi dengan rasa sayang dan cinta pada Mell .

moral of the story : jangan kita mencari kesempurnaan lain sedangkan didepan mata dah pun sempurna . hargai orang yang sayang kita bukan menghargai orang yang kita sayang . 

Tuesday, 4 September 2012

Yang Terbaik Dalam Perhubungan Datang Dari Kita

Dalam sesuatu perhubungan , selalunya kita mengharapkan yang terbaik dari si dia . Kita nak dia jadi seperti yang kita mahukan , yang sempurna buat kita . Dan bila si dia gagal atau tak menepati ciri yang kita mahukan , biasanya kita akan beralih kepada orang lain . Mencari kesempurnaan . Tapi kemudian bila orang lain itu juga tak menepati seperti yang kita harapkan , kita terus beralih dan beralih .

Sampai bila harus begitu ?
Seseungguhnya kita tak akan pernah menemukan yang benar-benar sempurna dan terbaik , kerana tidak ada manusia di dunia ini yang benar-benar sempurna termasuklah diri kita sendiri . Apa yang terbaik sebenarnya ialah kita menjadikan diri kita yang terbaik buat si dia , bukannya cuba menjadikan dia yang terbaik buat kita .
Sekiranya setiap orang melakukan seperti ini , menjadi yang terbaik untuk orang lain maka tiada antara kita yang kurang sempurna . Inilah karma kehidupan .
setiap apa yang kita beri (samada baik atau buruk) , ia pasti akan kembali kepada kita

Melepaskan seseorang yang kita rasa bukan yang terbaik buat kita , kadang-kadang hanya merugikan kita . Kerana tanpa kita sedar , mereka yang kita anggap tidak terbaik itulah yang benar-benar menyayangi kita . Apa yang membuatkan kita merasa mereka bukan yang terbaik , adalah apabila mereka menampakkan sikap yang sebenar kepada kita . Cinta yang sejati itu adalah apabila kita tanpa kompromi bersikap tidak berpura-pura di depan orang yang kita sayangi . Dan mungkin kesempurnaan yang kita nampak pada seseorang itu hanyalah sebuah kesempurnaan yang diada-adakan untuk meraih atau mendapatkan sesuatu dari kita .
Fikir-fikirkanlah . Mengapa begitu ramai yang dipermainkan cintanya kerana melihat hanya pada yang sempurna

HAPPY BIRTHDAY TO YOU DADDY



I’m glad I got to keep you as my dad
For all these days and months and ninety years .
You’ve been a special father all that time ,
And now it’s time to give you ninety cheers !


Ten cheers for loving me no matter what ;
Ten cheers to you for making me behave ;
Ten cheers for always being proud of me ;
Ten cheers for the encouragement you gave .

Ten cheers for all the fun things that we did ;
Ten cheers for always coming home at night ,
Ten cheers for teaching me so many things ;
Ten cheers for making childhood a delight .


And now this birthday poem is almost through ,
So ten cheers, Dad, just for being you !

HAPPY BIRTHDAY TO YOU DADDY YANG KE 45TAHUN
WE LOVE YOU !

A-B-O-U-T - L-O-V-E

Cinta …
Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu , janganlah merasa tersisih dan bersedih . Tiada salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah dihati seseorang .
Sekiranya kamu dicintai seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan mengambil kesempatan dan jangan melukakan . Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kebahagian dan kepedihan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti . Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah dihati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah dihati kamu…

Tuesday, 7 August 2012

B - E - N - C - I

Aku bukanlah pecinta terhebat di alam ini , bukanlah perempuan terbaik yang kau boleh dapatkan untuk dijadikan cinta hati engkau . Cumanya , yang aku pasti , bila aku bercinta akan aku berikan seluruh cinta dan rasa yang termampu untuk diberikan kepadanya , secukupnya dan kadangnya kelebihan rasa cinta . Bak kata Mariah Carey " I give my all "

Bukan untuk mengatakan aku ini bagus mana . Mungkin dalam perhubungan yang dijalinkan , ada salahnya aku , aku pasti tentang itu . Sempurna sangatkah aku untuk menyalahkan keberantakan hubungan semuanya kerana pihak yang lagi satu , kan? Tidak tidak , don't get me wrong please . Aku cuba muhasabah diri dalam setiap apa yang berlaku .

Kali ini , hubungan yang terakhir ini , jelasnya impaknya sangat besar untuk aku . Apa jenis patah , semuanya ada pada aku . Patah hati , patah seribu , patah jiwa . Pelik kan , orang yang kita ingat boleh gembirakan kita adalah orang yang meranapkan hati kita ?

Twitter dia pernah menjadi bacaan surat khabar aku pada setiap pagi . Ucapan selamat pagi di BBM aku daripada dia pernah menjadi penentu emosi aku untuk hari itu . Facebook dia pernah menjadi tempat aku melepak bila ada kelapangan . Gambar-gambar dia pernah menjadi cermin yang harus aku tenung setiap hari . Hatinya pernah menjadi tempat aku mencuba singgah .

Betullah aku pernah dengar orang berkata , lebih baik cari orang yang menyanyangi kita lebih , daripada kita menyanyangi orang lebih kerana kita akan terluka kalau kita menyanyangi orang lebih . Bila dah sayang orang sangat dan kita rupanya bertepuk sebelah tangan , adalah salah satu sakit yang sangat berbisa sekali . Serius wa cakap .

Cinta tak boleh dipaksa . Tak boleh . Tak boleh . Kalau boleh aku paksa , dia dah lama dah dipaksa . Tapi tak boleh tak boleh tak boleh . Mengharap la macam mana pun , kalau cinta tu bukan milik engkau , bukan milik kau . Tapi biasalah insan sedegil miyya , tetap setiap hari bangun pagi dengan harapan hati dia akan terbuka untuk aku . Lepas solat aku , pasti ada nama dia dalam doa aku untuk hatinya terbuka untuk aku . Hancur hati hancur hati . Loser .

Cumanya aku tak dapat menerima alasan bahawa dia berkata perhubungan ini terlalu cepat padahal sudah setahun masing-masing mengenali masing-masing dan kalau dia benar mahukan aku pasti dia mahu aku untuk terus kekal dalam perhubungan itu . Tapi jelasnya , aku tidak di mata dia . Aku menunggu untuk dia menyuruh aku untuk stay , tapi jelasnya tidak .

Korang rasa setahun tu terlalu cepat ke ? Sebab bagi aku , kalau sehari kenal pun tapi hati kau dah pasti dialah Mrs Right or Mr Right untuk engkau , mengapa tidak minggu depannya kau pinang dia , bukan ? Dan aku tidak percaya bahawa cinta jarak jauh membawa masalah jikalau hati bersatu . Kesilapan kau dengan hubungan yang lalu jangan dijadikan alasan untuk menolak aku mentah-mentah . Satu hati telah kau lukai dan kalau kau dapat baca pecahan hati aku , kau akan menangis , serius .

Sebenarnya hubungan ini senang jikalau dari awal lagi kau terus bagitahu aku yang " You're not my taste Miyya . " , " Aku tak ada perasaan kat kau " , " Tolong , hubungan kita ni kawan je , asal kau panggil aku sayang , miyya bodoh ? " . Senang cerita kalau terus cakap macamtu , patah seribu macam mana pun aku , asalkan kebenaran aku tahu . Daripada terus berselindung di sebalik kata gula-gula . Janganlah sogok aku dengan kemanisan sementara :( Sebenarnya dah boleh rasa banyak perubahan dalam hubungan ini .