Saturday, 22 September 2012

sunyi dalam hati tiada siapa yang tahu

Terlukis sebuah senyuman pada bibir mungil dan wajah aku yang sentiasa ceria dan gembira . Galak aku berbicara dan bergurau-senda yang kadang kala mengundang cemburu di hati yang memandangku . Wah betapa beruntungnya si dia , nampak hidup bahagia dan ceria . Tapi sunyi dalam hati siapa yang tahu ?

 Aku juga punya perasaan sama seperti manusia yang lain . Ada ketikanya gembira , ketawa , sedih dan juga saat aku menangis . Tapi sudah sifat semulajadiku lebih suka memendam . Biarku menangis bersama hujan yang lalu membasahi bumi agar kelak tiada siapa yang tahu luka dihati . Gundah di dalam hati biarlah aku simpan sendiri . Tersimpan termaktub dalam diari hidupku .

Hatiku yang kosong seumpama kegelapan di satu lorong yang tiada penghujungnya . Bahaya menanti jika aku tidak mencari sinar cahaya menerangi kegelapan ini . Namun rasa kosong ini tidak semestinya diisi dengan teman hati bernama lelaki . Kerana ada yang lebih baik telah lama sedia disisiku iaitu Allah tuhan semesta alam dan Al-Quran pegangan hidup sepanjang zaman . Allah yang Maha Mengetahui segala kesunyian hatiku dan Al-Quran pengubat segala kesunyian hati ini .

Bicara sunyi hati ini bukanlah kerana dari pandangan manusia yang sering meneliti , tetapi dalam pencarian mencari kebahagiaan yang hakiki . Kadang-kadang timbul keraguan di hati dalam pencarian ini . Namun jika benar itu telah tersurat secara hakiki , maka pasti akan aku hargai sepenuh hati .
Setiap yang dilakukan biarlah ikhlas keranaNYA . Biarlah beribu mata memandang serong , kerana pengukur keikhlasan kita denganNYA bukanlah pada pandangan manusia . Aku akan terus tabah dan tersenyum menghadapi segala dugaan kehidupan kerana aku ada MU sentiasa disisiku YA ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang . Cinta Allah adalah cinta yang hakiki .

1 comment:

  1. Well,that is something u learn by experiencing.seeing this blog.i take it none of your internet or real life friends has any interest reading your thought on this blog.or am i wrong?

    Mungkin raga kosong dalam jiwa itu patut terisi oleh pengabdian dan pencarian,dihidupkan kita ini untuk mencari,mengenal diri,dan mengenal tuhan, maaf jika membosankan.

    Tinggalkanlah kelalaian sebentar untuk persoalan hidupmu,kerana hiburan itu tidak akan pernah berhenti di muka bumi ini sampai datang kiamat,sedang soalan demi soalan dalam benakmu tersia sia tanpa jawapan.

    Bersedia? ;)

    ReplyDelete