Cinta …
Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu , janganlah merasa tersisih dan bersedih . Tiada salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah dihati seseorang .
Sekiranya kamu dicintai seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan mengambil kesempatan dan jangan melukakan . Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kebahagian dan kepedihan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti . Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah dihati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah dihati kamu…
Cinta itu kompleksiti dari hati yang terabstrak.hanya si gila tahu jalan nya
ReplyDelete