Thursday, 14 June 2012

Wahai lelaki mengertilah Hati Wanita








Andainya lelaki tahu , dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk di sayangi , ada rasa untuk di beri perhatian , ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya , ada waktu2 minta di temani kesedihannya , Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk , Marah seorang perempuan perlu di dekati , Sedih seorang perempuan perlu di dengari , Gembira seorang perempuan ingin di kongsi ,
Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati nan lembut , Bukan untuk di manjai , Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh , Hanya perlu sedikit perhatian , Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh , Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya Pada diri seorang perempuan , Wujudkah cinta itu di hati lelaki , Bila saat jauh tanpa perkhabaran Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang , Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini , Cintailah seseorang itu kerana hatinya , Bukan paras rupa semata2

No comments:

Post a Comment