
Sayang . bukan niatku mencipta jarak antara kita dan ku tahu dirimu tidak sedikit pun terniat untuk mencipta jarak antara kita . ku fahami apa yang dikau lakukan . MAAFKAN daku .
Ketika kita sedang dilanda kemarahan , janganlah hati kita mencipta jarak . Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita . Mungkin di saat seperti itu , diam mungkin merupakan cara yang bijaksana . Kerana waktu akan membantu kita .
Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya , “ Mengapa ketika seseorang sedang marah , dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak ? ”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab , “ Kerana dia telah hilang sabar , oleh itu dia berteriak . ”
“ Tapi . ” guru bertanya kembali
“ Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya . Mengapa perlu berteriak ? Kenapa dia tak berbicara secara lembut ? ”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka . Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan .
Maka guru berkata , “ Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan , jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat . Oleh itu , untuk mencapai jarak yang demikian , mereka harus berteriak .
Namun anehnya , semakin kuat mereka berteriak , semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi . Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi . "
Guru masih melanjutkan , “ Sebaliknya , apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta ?
Mereka tidak berteriak , mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil . Seperlahan bagaimana pun , kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas .
Mengapa demikian ? ” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya .
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan .
“ Kerana hati mereka begitu dekat , hati mereka tak berjarak . Sepatah kata pun tak perlu diucapkan . Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan . ”
No comments:
Post a Comment