kadang-kadang tu kita rasa kita dah buat sehabis baik, dah usaha 110%, dah bermandi peluh, dah bernanah telinga dengar kata-kata sinis, komentar-komentar pedas orang keliling, dan dah dah dah segala macam lah kan. ah, pendek kata dalam hati ni memang budget "confirm takde ERROR punya lah!" haha. tapi alih-alih, segala usaha kita, segala peluh keringat kita tu sia-sia je. okay, yang ni tak boleh nak salahkan sesiapa. macam kita semua tahu, semuanya sudah tertulis sejak azali lagi lah kan. "apa boleh buat. dah nasib badannn."-dialog dipetik daripada sebuah filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee
TAPI, bila sesuatu benda yang kita buat tu melibatkan 2 3 4 5 pihak, macam mana?
okay, saya bagi satu cerita lah. adalah seorang mamat ni, nama dia ALI. si ALI ni memang rajin, memang ringan tulang [eh, bukan sama ke tu samdol?]. ah, senang cerita si ALI ni memang bagus lah. tip top meletop! nak dijadikan cerita, si ALI ni digandingkan untuk membuat satu kerja dengan si SAMEON. yang si SAMEON ni pulak, punya lah malas, keras kepala pulak tu, kerja dia nak mengarah-arah orang. yang dia tahu nak orang dengar cakap dia je, cakap orang sikit pun dia tak nak dengar. ala-ala BIG BOSS gituuu. choyyy! jadi, si ALI ni pun kenalah ragging dengan si SAMEON yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung ni. dia disuruh buat itu, buat ini, tulis itu, tulis ini, ambil itu, ambil ini. yang si SAMEON ni pulak, duduk goyang kaki sambil korek-korek telinga. amboi, nikmat betul hidup kau ye, SAMEON. huh! disebabkan tiada kerjasama daripada si SAMEON durjana itu, kerja mereka tidak dapat dihasilkan. walaupun si ALI sudah bertungkus-lumus menyiapkan kerja tersebut, ia tetap tidak berhasil. okay, korang faham tak situasi sekarang ni? faham kan?
okay, cuba pula kita bawakkan situasi kat atas tu dalam kehidupan seharian kita. sebenarnya banyak benda yang kita tak boleh buat seorang diri tanpa pertolongan orang lain. sebab memang fitrah manusia dijadikan saling perlu memerlukan, betul? dan memang kita dituntut untuk bertawakal selepas berusaha tapi kalau sebelah pihak je yang berusaha tapi sebelah pihak lagi ambil sambil lewa pun tak boleh jugak kan? dah elok-elok orang tu ikhtiar macam-macam cara, tapi sebab kau tak bagi kerjasama, sia-sia je pengorbanan dia. jadi, apa yang penting? KERJASAMA! wonder pets! wonder pets! yeay!

No comments:
Post a Comment