Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri . Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan , tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai . Ada pula yang menikam dari belakang . Harapkan pagar , pagar makan padi . Kawan jenis ini tidak berkualiti .
Semua orang ada kawan . Semua orang juga boleh menjadi kawan . Namun , bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik ? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan .
Ada orang kata , kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis . Benar sama sekali . Itu adalah kawan yang sejati . Itu adalah sahaba t. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan . Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan , isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi .
Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati . Bukan kawan rapat , tetapi kawan yang sejati . Berkualiti . Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian . Bila kawan ditimpa kesusahan , masing-masing hilangkan diri . Bila kawan tidak sealiran , tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara .
bukan susah menjadi seorang kawan sejati . Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut . Mari kita renungkan diri ;
No comments:
Post a Comment